Tuesday, August 13, 2013

PENGHUJUNG MASA DUNIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Ok firtly ana nk ucpkan trima kasih kpada pmbca2 blog ana.Bila di survey ada jugak la yang baca dari takde langsung.haha.hari ni guna pangilan "ana" sebabnya post kali ni tntg keagamaan sikit.



Kisahnya pada 5 ramadhan iaitu smalam ana tengok cramah oleh Ustaz Don.Seorang penceramah dan ustaz yang saya suka cara penyampaiannya.kalau diberi pilihan untuk berjumpa dengan artis maka dialah orang yang saya nak jumpa sangat-sangat.Ok,straigh to the point,smlam dia ada menyelitkan dalam ceramah beliau tentang tanda-tanda akhir zaman iaitu Allah SWT akan mengambil nyawa para ulamak dan ustaz,ustaz menyatakan yang pada masa kini telah ada tanda-tanda tersebut


Beliau memberi contoh dengan beberapa kejadian yang ada antara kita tahu sepertinya kematian ulamak dari mesir atau palestin(tak ingat) yang tengah memberi ceramah lalu meninggal dunia semasa menyampaikan ilmu,seorang ustaz yang baru naik di Indonesia yang meninggal akibat kemalangan dan ulamak di syria iaitu  Dr Said Ramadhan al-Buti(gambar diatas) yang di bom ketika menyampaikan ceramah juga.hal ini menunjukkan yang kiamat sudah hampir.kata Ustaz Don,itulah cara Allah mengambil nyawa ulamak dan ustaz-ustaz.Allahhuakbar..

JADI............

Kenapa kita masih di takuk lama?mengikut ajaran yahudi?berpakaian seperti mereka?bercakap seperti mereka? dan bergaul seperti mereka?sedangkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ialah ajaran yang lengkap tapi kta ikut yahudi yang terpesong dengan ajaran agama mereka sendiri?

Renung-renungkalah saudara-saudara ku sekalian.setelah sangka kala ditiup maka tiada lagi peluang untuk kita bertaubat.dengan masa yang ada bertaubatlah,lakukan sunat taubat setiap hari jika anda mampu.


Assalamualaikum...

Sunday, August 4, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera well pejam celik-pejam celik ramadhan dah hampir pergi meninggalkan kita.yang pasti mesti anda pasti tengah sakan mencari baju raya kan?

 

Tak kurang dgan saya,baju raya tu wajiib da ada.hehe.kate orang tak meriah la tanpa baju yang cantik-cantik pada 1 syawal btol ak?

 RAMADHAN satu bulan yang paling mulia,penghulu segala bulan.stiap kali ramadhan pasti ingatkan arwah datuk saya,seorang yang sangat baik,saya sayangkan arwah,tiap kali ramadhan pasti die akan suruh kami sekeluarga dtang kerumah untuk berbuka bersama-sama.walaupun hampir 6 tahun arwah tiada saya masih teringatkannya.dia akan marah kalau kami main mercun,tiap kali ramadhan dan syawal saya pasti teringatkan arwah.tapi Allah lebih sayangkan dia.

Papepun hidup mesi diteruskan

OK... Saya nak ajak korang renung sejenak dengan apa yang Saya nak sampaikan

Dalam islam ada tiga tahap dalam kita berpuasa.Jujurnya saya baru tahu mase aku dengar radio ikim hari tu ok tahap atau kedudukn puasa kita ialah seperti dibawah:

Puasa al-umum, Puasa al-khusus Puasa khusus al-khusus. Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa. 

 

Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Tahap ketiga : Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.

 Kate ustaz untuk dapat puasa tahap ketiga itu agak mustahil tapi boleh.namun,saya terpikir,untuk mencapai tahap kedua juga agak susah.contoh,pergi pasar atau ke kelas,pasti ada yang mengumpat,mencarut.pergi bazar nampak yang tidak sepatutnya kita nampak

Last but not least,renung lah setakat mane tahap kita,jgn bngga kalau kita berada pada tahap satu.Insyaallah tahun depan kita naikkan pencapaian kita.

Kesimpulanya Ramadhan hampir pergi,beramallah dibulan yang barakah ini sebab kita tak tahu kita boleh hadir dibulan ini lagi atau tidak pada tahun hadapan. 

 Salam.