Friday, April 11, 2014

Cita-citaku



Satu cerita tentang seorang anak adam yang hidupnya menginginkan sebuah jihad,satu cerita dimana anak muda yang cita-citanya untuk agama yang tercinta.

Kisahnya menjadi sanjungan.Tidak sehebat kisah nabi Adam.Tidak sehebat nabi Isa dan tidak Sehebat cerita kekasih Allah nabi Muhammad saw.Namun..kehadirannya sebuah anugerah.Allah menciptanya dengan tujuan yang hebat.Allah mengambilnya lalu meniupkan rasa takwa kepadaNYa.

Lahirnya tiada siapa yang mengenali tapi perginya beliau membawa keinsafan.Membaca kisah hidup beliau bukan sahaja membawa keinsafan tetapi membangkitkan rasa takwa kepada pencipta yang maha agung.zuhudnya beliau sehingga disenangi ramai.Zuhudnya beliau sehingga ilmu yang diajari mudah diperoleh.Itu semua kuasa Allah tapi berkat usahanya juga yang tidak mudah riak dan takabbur.

Tidak dinafikan kisah hidup nabi Muhammad saw lebih baik untuk dibuat teladan tapi kisah yang baik tidak salah untuk diteladani.Bukankah semuanya ketentuan ilahi?sudah tentu rancagan Allah adalah yang terbesar dan terhebat...

Berbalik kepada kisah hidup pemuda ini.Akhlak yang baik sehingga disenangi orang tuanya menjadikannya anak yang soleh.membawa cita-cita yang ditetapkan bapanya sejak dari kecil tanpa ada rengekan bukan macam kita sekarang yang membantah hampir setiap keputusan atau suruhan ibu bapa kita dan tak salah jika kita katakan beliaulah anak uang soleh..

Bukunya ditutup..selama sejam membaca kisah hidup pemuda ini ana berfikir..Hilangnya fikiran meninggalkan jasad..Aku bila lagi?nak syahid..ilmu agama kelaut..itulah yang ana tertanya dalam diri

Kalau dia boleh kenapa kita tidak?jika syahid jauh dari kita kenapa kita tak dekatkan?setidaknya kita lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan laranganya..Sebarkan dakwah tidak semestinya perlu jadi ustaz tapi perlu ada ilmu..

Jadilah umat yang disayangi Allah..Abdikan diri kepada Allah..


Ahmad Ammar syahid yang tertangguh..