Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
well pejam celik-pejam celik ramadhan dah hampir pergi meninggalkan kita.yang pasti mesti anda pasti tengah sakan mencari baju raya kan?
Tak kurang dgan saya,baju raya tu wajiib da ada.hehe.kate orang tak meriah la tanpa baju yang cantik-cantik pada 1 syawal btol ak?
RAMADHAN
satu bulan yang paling mulia,penghulu segala bulan.stiap kali ramadhan pasti ingatkan arwah datuk saya,seorang yang sangat baik,saya sayangkan arwah,tiap kali ramadhan pasti die akan suruh kami sekeluarga dtang kerumah untuk berbuka bersama-sama.walaupun hampir 6 tahun arwah tiada saya masih teringatkannya.dia akan marah kalau kami main mercun,tiap kali ramadhan dan syawal saya pasti teringatkan arwah.tapi Allah lebih sayangkan dia.
Papepun hidup mesi diteruskan
OK... Saya nak ajak korang renung sejenak dengan apa yang Saya nak sampaikan
Dalam islam ada tiga tahap dalam kita berpuasa.Jujurnya saya baru tahu mase aku dengar radio ikim hari tu
ok tahap atau kedudukn puasa kita ialah seperti dibawah:
Puasa al-umum,
Puasa al-khusus
Puasa khusus al-khusus.
Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.
Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.
Tahap ketiga : Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.
Kate ustaz untuk dapat puasa tahap ketiga itu agak mustahil tapi boleh.namun,saya terpikir,untuk mencapai tahap kedua juga agak susah.contoh,pergi pasar atau ke kelas,pasti ada yang mengumpat,mencarut.pergi bazar nampak yang tidak sepatutnya kita nampak
Last but not least,renung lah setakat mane tahap kita,jgn bngga kalau kita berada pada tahap satu.Insyaallah tahun depan kita naikkan pencapaian kita.
Kesimpulanya
Ramadhan hampir pergi,beramallah dibulan yang barakah ini sebab kita tak tahu kita boleh hadir dibulan ini lagi atau tidak pada tahun hadapan.
Salam.
sejak bila ada blog??
ReplyDeleteaku tak tahu pun! :(
dah lamee tp bru nk promo.huhu.lgpon dlu wat sje2 tk thu nk post ape
Deletengek!
ReplyDelete