Sunday, September 1, 2013

Merdeka Yang Dijajah

Salam


Tanggal 31 ogos 1957,tanah melayu telah merdeka dari penjajah hasil daripada kerjasama penduduk di tanah melayu pada masa itu tidak kira kaum.Pada masa tu mereka hanya fikirkan untuk merdeka dan bebas dari penjajah.

Tapi lain pula dengan keadaan sekarang.Semakin menigkat tahun ke tahun semakin lupa kita kepada kemerdekaan.Semakin lupa tentang penjajahan yang pernah berlaku dan semakin lupa tentang keperitan orang zaman dahulu.ooo ye..sekarang kita sudah merdeka.Buat apa lagi mengingati semua tu,kita dah bebas...rasanya itulah jawapan dikalangan kita pada masa kini.Sedangkan kita diajar pendidikan sejarah supaya kita memperingati dan mengambil iktibar dari peristiwa zaman dahulu.


Sedarkah kita yang kita telah sekali lagi dijajah?
Kenapa saya cakap begitu?cuba renungkan diri kta sendiri,dimana nilai-nilai kemelayuan kita?sopan santun?menutup aurat?tiada lagi semua itu,kalau ada pun hanya segelintir.Sedar tak yang kita telah dijajah oleh bangsa asing dari segenap segi,percakapan,pemakaian dan banyak lagi.Hari kemerdekaan dijadikan hari untuk bergaul bebas lelaki dan perempuan..Ini kah erti merdeka?so..berubahlah..

Mase kecil-kecil kemerdekaan ialah satu acara tahunan yang paling saya tunggu,sebab masa ni lah bendera jalur gemilang dinaikkan.cantik sangat.kereta.motor malah basikal dihias canntik dengan jalur gemilang.ditepi jalan pula megah berdiri bendera kita..itu yang menimbulkan semangat patriotik tapi semakin lama semakin kurang sambutan.Tiada lagi kiibaran bendera dikereta-kereta

Dok tengok youtube dan saya lihat satu video dimana terdapat golongan yang mengambil kesempatan mengempen untuk menukar bendera bermakna menukar negara.Ini k semangat patriotik?sedih melihat mereka ini yang tidak menghargai apa yang teah negara ini berikan.
Kemakmuran,pelajaran,makanan,semuanya cukup.Tapi mereka terus ingin memboikot negara


Cikgu saya pernah cakap hancurnya sesuatu negara kerana sikap kita sendiri iaitu berpuak-puak..lihat sahaja di Mesir antara puak DR Mursi dan as sisi..Dan ternyata mereka ialah golongan yang zahirnya ialah islam.begitu juga Di Malaysia.bukan cina,india tapi MELAYU yang beragama islam yang membuat onar,menjadikan berpuak-puak.



Jadi saya harap kita boleh hidupkan hari kemerdekaan kita dengan semangat patriotisma
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Salam


No comments:

Post a Comment