Sunday, September 15, 2013

Tiadamu tertunggu-tunggu

Assalamualaikum wbt
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia kepada semua warga Malaysia

Baiklah berbalik kepada entri yang bakal saya karang ini.Saya mengambil banyak masa  untuk berfikir dan mencari idea tentang apa yang saya ingin post dalam blog saya dan akhirnya saya dapat jua satu idea.

Ceritanya bermula bila saya tengok post-post di wall fb saya dan saya tertarik untuk membaca satu blog milik cikgu saya iaitu cikgu Zain atau nama sebenarnya Mohd Zain b Ismail atau juga kami pangil beliau abah.Sebelum lebih lanjut baik saya ceritakan sedikit tentang beliau.Seingat saya abah ditukarkan ke sekolahh SMKH2 semasa saya tingkatan 3 iaitu pada tahun 2009 kalau tak silap.Abah ni seorang yang serba boleh,bagi la solan kimia,physic,addmath semua akan dibereskan.Seorang guru yang garang tapi saya tahu garangnya abah kerana sayangnya seorang ayah terhadap anaknya.Jujur saya suka suka dengan watak abah,seorang yang alim dan pandai.penyayang dan bertanggungjawab.

Beliau salah seorang guru yang paling saya hormati.Kenapa?sebab abah seorang yang baik dan penyayang.Seorang yang tegas pada sesuatu masa tapi terlindung tersirat sifat penyayangnya kepada pelajarnya.Seorang guru disiplin yang berkaliber.hehe.

OK...Kalau nak cerita pasal abah memang panjang.Berbalik kepada blog abah tadi,Secara rumusnya saya suka dengan blog abah,satu blog islamik dan pembelajaran.walaupun kadang-kadang macam tak logik tapi abah pandai menarik minat saya dengan meletakkan 'hasil kajian'nya iaitu fakta-fakta dan huraian yang bagus.Kadang-kadang saya tertunggu entri abah yang seterusnya,untuk membaca dan menilai tentang post terbaru abah.Saya juga suka membaca kesinambungan entri abah contohnya tentang kemunculan imam mahdi.

Akhirnya,saya dapat banyak ilmu dari blog abah dan saya ingin menarik minat anda untuk lihat ke blog abah
dan nilainya sendiri ok...
http://banggolpetaicom.blogspot.com

Salam ukhuwah fillah abadan abada=salam persaudaraan kerana Allah selama-lamanya.

assalamualaikum

1 comment: