Tuesday, December 3, 2013
SEHELAI JUBAH
Aku dilahirkan dalam keluarga yang tidak begitu mementingkan agama,solat tidak diamalkan apatah lagi amalan sunat yang lainDilahirkan dalam keluarga yang agak besar seramai 6 adik beradik.Ayahku seorang yang pendiam,ibuku walaupun selalu menegur tapi membuatkan aku lagi ingin memberontak dalam semuua hal,ingin saja aku lakukan yang berlawanan dengan apa yang disuruh.Kadang-kadang sebelum tidur aku terpikir dan merasa bersalah tetapi adakah semua itu salahku?atau acuan yang diacu kepdaku tidak menjadi?sedangkan nabi menegaskan untuk rotan jika kanak-kanak tidak solat tetapi aku dirotan kerana bermandikan lumpur semasa kecil,aku dirotan kerana tidak mengingati sifir yang harus dihafal.Adakah salahku?atau salah kedua dua ibu bapaku?
Dalam perinkat sekolah menengahku aku beruntung dimasukkan dalam sekolah yang tidak begitu sosial,walaupun sekolah itu bukan sekolah agama tetapi aku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang baik dan suasana yang begitu ketat disiplinnya.jika tidak,aku sudah tentu menjadi seorang yang kuat bersosial..Teringat kepada satu slot tarbiyyah dimana ibu atau bapa perlu datang.dijemputnya seorang penceramah yang hebat.Dikala dia menceritakan tentang pahit getir kedua dua orang tua yang berusaha ntuk memberi kita sesuap nasi dan kasih sayang semua hadirin hadiran menangis,ada yang tetunduk sayu,ada yang teresak-esak menahan keegoan dan ada yang memeluk ibu atau bapa mereka dalam keadaan berderai air mata disapu oleh baju ibu atau bapanya.Ada juga ibu bapa yang melebihi anaknya.Dalam suasana syahdu itu aku kehairanan.Kenapa mereka menangis?walaupun hati aku hiba tetapi kekerasan hati aku melebihi kehibaan aku,aku berpaling kepada ayahku.sedang berpeluk tangan..seperti tiada apa yang mengusik hatinya..
Tamat sekolah menengah aku memasukii satu lagi tempat di dalam sistem pendidikan di Malaysia dalam mencapai kejayaan yang aku sendiri tidak pasti matlamat yang mahu aku capai.Tetapi aku bernasib baik sekali lagi,mempunyai kawan yang banyak membantu aku dalam mencari agamaku.Dibawanya aku ke tempat-tempat yang membuatkan aku semakin terbuka kepada agamaku..hari demi hari aku terbuka mata betapa indahnya kurniaan allah kepada hambanya.Semakin hari solatku terjaga,semakin hari ibadah sunat ku bertambah.
Pada satu malam,dalam keasyikan aku mendegar lagu-lagu di internet aku tertarik kepada satu tajuk video dimana tajuknya masihku ingat"Hidayah milik Allah"oleh ustaz Abullah Khairi.Untuk pertama kalinya aku menangis,untuk pertama kalinya aku megalirkan air mata apabila dia menceritakan bahawa hidayah itu milik Allah dan aku bersyukur aku antara salah seorang dari pemilik hidayah itu.Allahurabbi...
Keesokan paginya aku merasa tubuhku ringan,hatiku terasa lapang..teringin sekali aku berkiamunlai.Alhamdulillah pada pagi itu aku dibangunkan awal oleh sang pencipta yang maha agung.Lantas aku mengerjakan beberapa solat sunat termasuk soalt sunat taubat sebelum diakhiri oleh witir.
Semasa bersarapan pagi,aku memberitahu kedua ibu bapaku yang aku teringinkan jubah.Dalam hatiku terasa inginkan sehelai jubah.Namun,macam biasa,kata-kataku tidak diendahkan...Aku redhawalupun aku inginkan sehelai jubah pemberian mereka..Suatu hari,setelah pulang dari sebuah program islamiah aku terkejut kerana tterdapat sehelai jubah di atas katilku.Aku tersenyum,aku terkedu akhinya terjatuh titisan air mataku diatas jubah itu.Rupanya selama ini aku salah,ibu bapaku menyayangiku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment