Tuesday, December 3, 2013

SEHELAI JUBAH


Aku dilahirkan dalam keluarga yang tidak begitu mementingkan agama,solat tidak diamalkan apatah lagi amalan sunat yang lainDilahirkan dalam keluarga yang agak besar seramai 6 adik beradik.Ayahku seorang yang pendiam,ibuku walaupun selalu menegur tapi membuatkan aku lagi ingin memberontak dalam semuua hal,ingin saja aku lakukan yang berlawanan dengan apa yang disuruh.Kadang-kadang sebelum tidur aku terpikir dan merasa bersalah tetapi adakah semua itu salahku?atau acuan yang diacu kepdaku tidak menjadi?sedangkan nabi menegaskan untuk rotan jika kanak-kanak tidak solat tetapi aku dirotan kerana bermandikan lumpur semasa kecil,aku dirotan kerana tidak mengingati sifir yang harus dihafal.Adakah salahku?atau salah kedua dua ibu bapaku?

Dalam perinkat sekolah menengahku aku beruntung dimasukkan dalam sekolah yang tidak begitu  sosial,walaupun sekolah itu bukan sekolah agama tetapi aku bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang baik dan suasana yang begitu ketat disiplinnya.jika tidak,aku sudah tentu menjadi seorang yang kuat bersosial..Teringat kepada satu slot tarbiyyah dimana ibu atau bapa perlu datang.dijemputnya seorang penceramah yang hebat.Dikala dia menceritakan tentang pahit getir kedua dua orang tua yang berusaha ntuk memberi kita sesuap nasi dan kasih sayang semua hadirin hadiran menangis,ada yang tetunduk sayu,ada yang teresak-esak menahan keegoan dan ada yang memeluk ibu atau bapa mereka dalam keadaan berderai air mata disapu oleh baju ibu atau bapanya.Ada juga ibu bapa yang melebihi anaknya.Dalam suasana syahdu itu aku kehairanan.Kenapa mereka menangis?walaupun hati aku hiba tetapi kekerasan hati aku melebihi kehibaan aku,aku berpaling kepada ayahku.sedang berpeluk tangan..seperti tiada apa yang mengusik hatinya..

Tamat sekolah menengah aku memasukii satu lagi tempat di dalam sistem pendidikan di Malaysia dalam mencapai kejayaan yang aku sendiri tidak pasti matlamat yang mahu aku capai.Tetapi aku bernasib baik sekali lagi,mempunyai kawan yang banyak membantu aku dalam mencari agamaku.Dibawanya aku ke tempat-tempat yang membuatkan aku semakin terbuka kepada agamaku..hari demi hari aku terbuka mata betapa indahnya kurniaan allah kepada hambanya.Semakin hari solatku terjaga,semakin hari ibadah sunat ku bertambah.

Pada satu malam,dalam keasyikan aku mendegar lagu-lagu di internet aku tertarik kepada satu tajuk video dimana tajuknya masihku ingat"Hidayah milik Allah"oleh ustaz Abullah Khairi.Untuk pertama kalinya aku menangis,untuk pertama kalinya aku megalirkan air mata apabila dia menceritakan bahawa hidayah itu milik Allah dan aku bersyukur aku antara salah seorang dari pemilik hidayah itu.Allahurabbi...

Keesokan paginya aku merasa tubuhku ringan,hatiku terasa lapang..teringin sekali aku berkiamunlai.Alhamdulillah pada pagi itu aku dibangunkan awal oleh sang pencipta yang maha agung.Lantas aku mengerjakan beberapa solat sunat termasuk soalt sunat taubat sebelum diakhiri oleh witir.

Semasa bersarapan pagi,aku memberitahu kedua ibu bapaku yang aku teringinkan jubah.Dalam hatiku terasa inginkan sehelai jubah.Namun,macam biasa,kata-kataku tidak diendahkan...Aku redhawalupun aku inginkan sehelai jubah pemberian mereka..Suatu hari,setelah pulang dari sebuah program islamiah aku terkejut kerana tterdapat sehelai jubah di atas katilku.Aku tersenyum,aku terkedu akhinya terjatuh titisan air mataku diatas jubah itu.Rupanya selama ini aku salah,ibu bapaku menyayangiku.

Sunday, September 15, 2013

Tiadamu tertunggu-tunggu

Assalamualaikum wbt
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia kepada semua warga Malaysia

Baiklah berbalik kepada entri yang bakal saya karang ini.Saya mengambil banyak masa  untuk berfikir dan mencari idea tentang apa yang saya ingin post dalam blog saya dan akhirnya saya dapat jua satu idea.

Ceritanya bermula bila saya tengok post-post di wall fb saya dan saya tertarik untuk membaca satu blog milik cikgu saya iaitu cikgu Zain atau nama sebenarnya Mohd Zain b Ismail atau juga kami pangil beliau abah.Sebelum lebih lanjut baik saya ceritakan sedikit tentang beliau.Seingat saya abah ditukarkan ke sekolahh SMKH2 semasa saya tingkatan 3 iaitu pada tahun 2009 kalau tak silap.Abah ni seorang yang serba boleh,bagi la solan kimia,physic,addmath semua akan dibereskan.Seorang guru yang garang tapi saya tahu garangnya abah kerana sayangnya seorang ayah terhadap anaknya.Jujur saya suka suka dengan watak abah,seorang yang alim dan pandai.penyayang dan bertanggungjawab.

Beliau salah seorang guru yang paling saya hormati.Kenapa?sebab abah seorang yang baik dan penyayang.Seorang yang tegas pada sesuatu masa tapi terlindung tersirat sifat penyayangnya kepada pelajarnya.Seorang guru disiplin yang berkaliber.hehe.

OK...Kalau nak cerita pasal abah memang panjang.Berbalik kepada blog abah tadi,Secara rumusnya saya suka dengan blog abah,satu blog islamik dan pembelajaran.walaupun kadang-kadang macam tak logik tapi abah pandai menarik minat saya dengan meletakkan 'hasil kajian'nya iaitu fakta-fakta dan huraian yang bagus.Kadang-kadang saya tertunggu entri abah yang seterusnya,untuk membaca dan menilai tentang post terbaru abah.Saya juga suka membaca kesinambungan entri abah contohnya tentang kemunculan imam mahdi.

Akhirnya,saya dapat banyak ilmu dari blog abah dan saya ingin menarik minat anda untuk lihat ke blog abah
dan nilainya sendiri ok...
http://banggolpetaicom.blogspot.com

Salam ukhuwah fillah abadan abada=salam persaudaraan kerana Allah selama-lamanya.

assalamualaikum

Sunday, September 1, 2013

Merdeka Yang Dijajah

Salam


Tanggal 31 ogos 1957,tanah melayu telah merdeka dari penjajah hasil daripada kerjasama penduduk di tanah melayu pada masa itu tidak kira kaum.Pada masa tu mereka hanya fikirkan untuk merdeka dan bebas dari penjajah.

Tapi lain pula dengan keadaan sekarang.Semakin menigkat tahun ke tahun semakin lupa kita kepada kemerdekaan.Semakin lupa tentang penjajahan yang pernah berlaku dan semakin lupa tentang keperitan orang zaman dahulu.ooo ye..sekarang kita sudah merdeka.Buat apa lagi mengingati semua tu,kita dah bebas...rasanya itulah jawapan dikalangan kita pada masa kini.Sedangkan kita diajar pendidikan sejarah supaya kita memperingati dan mengambil iktibar dari peristiwa zaman dahulu.


Sedarkah kita yang kita telah sekali lagi dijajah?
Kenapa saya cakap begitu?cuba renungkan diri kta sendiri,dimana nilai-nilai kemelayuan kita?sopan santun?menutup aurat?tiada lagi semua itu,kalau ada pun hanya segelintir.Sedar tak yang kita telah dijajah oleh bangsa asing dari segenap segi,percakapan,pemakaian dan banyak lagi.Hari kemerdekaan dijadikan hari untuk bergaul bebas lelaki dan perempuan..Ini kah erti merdeka?so..berubahlah..

Mase kecil-kecil kemerdekaan ialah satu acara tahunan yang paling saya tunggu,sebab masa ni lah bendera jalur gemilang dinaikkan.cantik sangat.kereta.motor malah basikal dihias canntik dengan jalur gemilang.ditepi jalan pula megah berdiri bendera kita..itu yang menimbulkan semangat patriotik tapi semakin lama semakin kurang sambutan.Tiada lagi kiibaran bendera dikereta-kereta

Dok tengok youtube dan saya lihat satu video dimana terdapat golongan yang mengambil kesempatan mengempen untuk menukar bendera bermakna menukar negara.Ini k semangat patriotik?sedih melihat mereka ini yang tidak menghargai apa yang teah negara ini berikan.
Kemakmuran,pelajaran,makanan,semuanya cukup.Tapi mereka terus ingin memboikot negara


Cikgu saya pernah cakap hancurnya sesuatu negara kerana sikap kita sendiri iaitu berpuak-puak..lihat sahaja di Mesir antara puak DR Mursi dan as sisi..Dan ternyata mereka ialah golongan yang zahirnya ialah islam.begitu juga Di Malaysia.bukan cina,india tapi MELAYU yang beragama islam yang membuat onar,menjadikan berpuak-puak.



Jadi saya harap kita boleh hidupkan hari kemerdekaan kita dengan semangat patriotisma
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA

Salam


Tuesday, August 13, 2013

PENGHUJUNG MASA DUNIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Ok firtly ana nk ucpkan trima kasih kpada pmbca2 blog ana.Bila di survey ada jugak la yang baca dari takde langsung.haha.hari ni guna pangilan "ana" sebabnya post kali ni tntg keagamaan sikit.



Kisahnya pada 5 ramadhan iaitu smalam ana tengok cramah oleh Ustaz Don.Seorang penceramah dan ustaz yang saya suka cara penyampaiannya.kalau diberi pilihan untuk berjumpa dengan artis maka dialah orang yang saya nak jumpa sangat-sangat.Ok,straigh to the point,smlam dia ada menyelitkan dalam ceramah beliau tentang tanda-tanda akhir zaman iaitu Allah SWT akan mengambil nyawa para ulamak dan ustaz,ustaz menyatakan yang pada masa kini telah ada tanda-tanda tersebut


Beliau memberi contoh dengan beberapa kejadian yang ada antara kita tahu sepertinya kematian ulamak dari mesir atau palestin(tak ingat) yang tengah memberi ceramah lalu meninggal dunia semasa menyampaikan ilmu,seorang ustaz yang baru naik di Indonesia yang meninggal akibat kemalangan dan ulamak di syria iaitu  Dr Said Ramadhan al-Buti(gambar diatas) yang di bom ketika menyampaikan ceramah juga.hal ini menunjukkan yang kiamat sudah hampir.kata Ustaz Don,itulah cara Allah mengambil nyawa ulamak dan ustaz-ustaz.Allahhuakbar..

JADI............

Kenapa kita masih di takuk lama?mengikut ajaran yahudi?berpakaian seperti mereka?bercakap seperti mereka? dan bergaul seperti mereka?sedangkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ialah ajaran yang lengkap tapi kta ikut yahudi yang terpesong dengan ajaran agama mereka sendiri?

Renung-renungkalah saudara-saudara ku sekalian.setelah sangka kala ditiup maka tiada lagi peluang untuk kita bertaubat.dengan masa yang ada bertaubatlah,lakukan sunat taubat setiap hari jika anda mampu.


Assalamualaikum...

Sunday, August 4, 2013

Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera well pejam celik-pejam celik ramadhan dah hampir pergi meninggalkan kita.yang pasti mesti anda pasti tengah sakan mencari baju raya kan?

 

Tak kurang dgan saya,baju raya tu wajiib da ada.hehe.kate orang tak meriah la tanpa baju yang cantik-cantik pada 1 syawal btol ak?

 RAMADHAN satu bulan yang paling mulia,penghulu segala bulan.stiap kali ramadhan pasti ingatkan arwah datuk saya,seorang yang sangat baik,saya sayangkan arwah,tiap kali ramadhan pasti die akan suruh kami sekeluarga dtang kerumah untuk berbuka bersama-sama.walaupun hampir 6 tahun arwah tiada saya masih teringatkannya.dia akan marah kalau kami main mercun,tiap kali ramadhan dan syawal saya pasti teringatkan arwah.tapi Allah lebih sayangkan dia.

Papepun hidup mesi diteruskan

OK... Saya nak ajak korang renung sejenak dengan apa yang Saya nak sampaikan

Dalam islam ada tiga tahap dalam kita berpuasa.Jujurnya saya baru tahu mase aku dengar radio ikim hari tu ok tahap atau kedudukn puasa kita ialah seperti dibawah:

Puasa al-umum, Puasa al-khusus Puasa khusus al-khusus. Tahap pertama: Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa. 

 

Tahap kedua: Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Tahap ketiga : Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.

 Kate ustaz untuk dapat puasa tahap ketiga itu agak mustahil tapi boleh.namun,saya terpikir,untuk mencapai tahap kedua juga agak susah.contoh,pergi pasar atau ke kelas,pasti ada yang mengumpat,mencarut.pergi bazar nampak yang tidak sepatutnya kita nampak

Last but not least,renung lah setakat mane tahap kita,jgn bngga kalau kita berada pada tahap satu.Insyaallah tahun depan kita naikkan pencapaian kita.

Kesimpulanya Ramadhan hampir pergi,beramallah dibulan yang barakah ini sebab kita tak tahu kita boleh hadir dibulan ini lagi atau tidak pada tahun hadapan. 

 Salam.

Wednesday, July 31, 2013

my family

ok rasenye baik saya perkenalkan serba sedikit latar belakang saya dan keluarga saya saya akan mula dengan diri saya,nama saya mohammad asyraf b zullkiffli,dilahirkan pada 6 jun 1994.saya berasal dari salah sebuah daerah yang agak terkenal dikelantan.hehe
ini merupakan kedua-dua orang yang aku paling sayang iaitu abah dan ma yang selalu ada mase aku susah dan senang(en zullkifflii b mohd noor dan suriani bt yusof).
yang ni plak adik perempuan aku, yang tudung coklat tu muda setahun je dari aku n yang chubby tu adik bongsu aku(syaza amira dan nur izzati)
yang kat depan ni plak adik ketiga aku,aku kadang2 gram ngn yang ni,asyik maen telefon je n akhirr skali yang belakang aku,adik lelaki bongsu(muhd hakim dan yusri),slalu kena buli ngan aku pape pon aku sayang mereka.... aku ada sorang abang tapi gambar takde dgan aku,dye muda dari aku setahun je tapi perangai macam budak-budak(muaz nadzim). aku plak sorang yang cool n steady.hehe